Saturday, April 9, 2011

"Ellis?" Dahi Bayu kerut seperti kulit limau. Norhan tersenyum sinis, mengangguk-angguk kepalanya.
"So budak baru tu nama dia Ellis, dan 'cantik'?" Norhan angguk lagi, kali ini tertawa kecil. Bayu geleng kepala, ingatkan berita apa yang gempak sangat Norhan bawa tadi. Kalu setakat student transfer baru, Bayu bukanlah kisah sangat.
"Yang paling best, budak tu masuk kelompok kita. Surprise!!!" entah apa yang membuat Norhan begitu excited. Bayu sudah malas melayan karenah temannya itu, apa lagi laporan pagi praktikal yang seharusnya siap malam tadi masih ada separuh untuk ditulis.

Tanpa Bayu sedari, kalau namanya jodoh, tidak kemana.

**********************

Sunday, December 12, 2010

Kan, hari ini memang cerah, sangat sesuai untuk berjogging :)

Bayu mulai melakukan regangan ringan untuk warm up. Rupanya inilah plan secret yang dia maksudkan, berjogging di kompleks sukan. Jam menunjukkan pukul 4.30petang, kompleks sukan itu mulai dipenuhi dengan orang-orang yang kebanyakkannya berpakaian sukan, kecuali sebahagian kecil yang sedang duduk di tempat duduk. sepertinya mereka adalah para ibu yang sedang mengawasi anak-anak kecil mereka yang seronok bermain di lapangan, dan para ayah mungkin sedang berjogging atau bermain sepak bola atau basket,atau tennis. Hari ini Bayu memilih untuk jogging, entah kenapa tiba-tiba mood untuk berjogging.

Warm up sudah, earphone siap, ipod nano 4th gen siap, apa lagi..jom jogging..;) Bayu memulai sesi jogging dengan steps kecil tapi konsisten. Biar tidak cepat penat, bisik hatinya.

Baru kurang lebih 50 meter dia berjogging, tiba-tiba terdengar ada yang menjerit namanya. Bayu berpaling, tampak seorang wanita bertubuh atlet melambai-lambai kepadanya.
Suzy? Bayu membalas lambainya. Suzy adalah teman sekelasnya sewaktu masih kuliah kedokteran sebelum masuk clinical rotation.
"Hey, how surprising to see you here.." Suzy menyapa dengan senyuman.
"Hey yeah... You always jog here Suzy?" Bayu sendiri jarang bersenam di kompleks sukan ini. Sering kali kalau petang, kalau bukan basket, pasti bermain futsal bersama teman-teman.
"Occasionally. Mind if we jog together?"
"i was about to ask you that," ternyata plan secret Bayu petang itu diserikan dengan kedatangan Suzy, gadis berwajah cantik dan bertubuh tinggi atlet itu.

Mereka tidak banyak berbicara, masing-masing melayan lagu di ipod sendiri. sampai round ke-3, mereka berhenti sebentar untuk minum. Barulah Bayu mulai membuka mulut.
"How is Jonny?" jonny teman lelaki Suzy, teman baik Bayu juga walaupun sekarang jarang ketemu kerana berlainan kelompok rotation.
"He's fine, " Suzy tersenyum manis. Manik-manik peluh membasahi pipinya, menghiasi wajahnya yang mencairkan hati banyak laki-laki yang melihatnya. Ni kalau masih single ni, dah lama aku kebas, Bayu bermonolog sendiri, mengenang dirinya yang masih jomblo. (hahaha)
"He never stop complaining about his extra-clever groupmates who are extra-rajin too..haha"
"oh, really?". " too bad for him then..haha". Perkara yang paling penting kalau nak hidup bahagia semasa clinical rotation adalah; groupmates yang 'sekepala' dengan kita. Kalu tak, bersabarlah untuk 2 tahun bersama mereka.hahaha.
"Suzy, next time you see him, send my regard. okay?"
"no problem at all," She smiled. dammit, so pretty! dah dah, awek orang, jangan nak macam-macam Bayu.

Mereka kembali berjogging. Orang semakin ramai. suasana kompleks sungguh meriah, dan menyenangkan.

Saturday, December 11, 2010

Bayang tampak tubuh wanita misteri itu sangat memenuhi fikiran Bayu. Kenapalah aku bego sangat tak tanya nama dia time tu. Bila otak sudah terobsesi dengan seseorang, boleh gila jadinya. Contohnya sekarang, *duss*,kepala terhantuk di dinding. duh...Bayu mengeluh sambil mengusap-usap dahinya. Yelah, kalau bilik kecil, terpaksalah letak katil di tepi dinding, kalau melamun sikit, golek-golek,kepala pasti terhantuk.

Tok!tok!tok! norhan muncul di balik pintu.
"Bangun la oi, matahari dah di atas kepala."
"Malaslah..." sambil menarik selimut menutup seluruh tubuhnya, bekas terhantuk tadi sudah hilang sakitnya. "jam brapa ni?" suara bayu teredam di balik selimut.
"Jam 10, kurang 5 minit, ko tak tidur ke semalam?" norhan duduk di atas kerusi, menghadap komputer yang sudah semalaman on tidak ditutup.
"Baring,bergolek, tapi tak dapat tidur sampai pagi, tak tau pesal."bayu akhirnya bangun tapi cuma duduk di samping katil. buka tirai, cahaya terik memancar masuk tak diundang.
"masih teringat pasal dak pompuan lawa tu ek?" Mouse komputer norhan gerakkan ke thumbnail 'winamp', playlist 'fav' ditekan, dan berkumandanglah lagu 'Bilionaire'. i wanna be a bilionaire so freaking bad....
"huh...maybe..." bayu tersengih. Adakah ini love on the first sight? ceh.
"apa plan hari ni?"
Norhan menoleh ke luar jendela, "aku ada diskusi kelompok nanti kat kampus.sial.. cuti-cuti macam ni pun nak buat diskusi."
Bayu tergelak, "apa boleh buat, ko kan anak rajin."
"mampus..hahahaha". "ko Bayu?apa plan?" Bayu tersengih, "Ada la, secret"
"Secret kepala hotak.." mereka tergelak.

Angin sepoi-sepoi bahasa.
Hari ahad itu cuaca sangat cerah.
Langit luas langsung tidak ditutupi awan sama sekali.
Hari yang cerah...

Friday, September 17, 2010

Chapter 3

Bola itu bulat, bisik hatinya. Bayu kembali menangkap bola yang melantun, melontarnya masuk ke ring. Biarpun fikirannya melayang entah ke mana, tapi gerakan badannya menangkap dan melontar bola keranjang sepertinya tidak terpengaruh sama sekali. Mungkin kerna dia sudah lama berkecimpung dalam sukan ini, otot-otot badannya seperti sudah bisa bertindak sendiri.

Cuaca di petang itu cukup tenang. Matahari bersembunyi di balik awan tetapi cahayanya masih mampu menyinari seluruh lapangan bola keranjang itu dengan terang. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapu dingin setiap peluh yang merenjis keluar daripada liang-liang kulit Bayu. Suasana petang itu sangat perfect untuk bersukan, namun Bayu seakan-akan terbuai dengan lamunannya sendiri.

Bayu melontar keras, bola melantun jauh ke belakang. Mungkin kerna sudah mulai merasa penat, Bayu hanya berjalan perlahan untuk mengambil bola tadi. Fikirannya melayang lagi. Tanpa dia disedari, seseorang sedang berdiri tepat di mana bola itu berhenti. Kini Bayu sedar, di depannya berdiri seorang gadis berpakaian skirt simple ungu, rambutnya tepat menyentuh bahu, tersusun rapi(rebonding kot). Muka yang tidak dikenalinya sama sekali.

"mind if i join?", Bayu terpinga seketika.
"yea....sure why not." Gadis itu mengambil bola di depan kakinya. Tiada perkataan yang dapat menjelaskan betapa bingung fikiran Bayu ketika itu.

Siapakah gadis cantik ini?

Masa berlalu dengan pantas, mereka berdua bermain tanpa bicara, seperti orang bisu. Sebuah kereta BMW hitam berhenti di tepi lapangan. Gadis itu yang tadi mahu melontar bola berhenti, pandangannya ke arah kereta itu, dan beralih ke arah Bayu.

"i got to go," Gadis misteri itu mem-pass bola kepada Bayu, disambut Bayu dengan kemas. Kemudian dia berjalan ke arah kereta tadi. Tiba-tiba dia berhenti, memaling muka memandang Bayu sambil tersenyum manis, dan melambai tangannya. Bayu membalas lambaian. Dia melihat gadis itu masuk ke kereta, dan kereta itu dipandu pergi.

Dan kita tahu, satu kesilapan besar yang Bayu telah lakukan - dia tidak menanyakan nama gadis misteri itu. Dan Bayu sedar akan kesilapannya itu. Hari sudah semakin gelap. i should probably go back too, bisik hatinya. Ketika itu, dia melihat di lapangan tempat mereka bermain tadi ada benda yang bersinar dipancar cahaya matahari yang masih tersisa. Ia seutas rantai ber-jed oval biru laut jernih. Entah kenapa, Bayu tersenyum lebar. Rantai itu digenggamnya erat dan dia berjalan pulang.

Tuesday, July 6, 2010

Hati Bayu panas, lebih panas daripada bara api. Pantang dia apabila ada orang yang mengata tentang dirinya, apa lagi kalau dari belakang. Bayu baru memulakan hari-hari praktikalnya sebagai seorang doktor muda di Hospital S. Kadang-kadang dia berasa hairan melihat ada di antara teman-temannya yang seringkali merungut tentang pola kerja mereka, termasuklah jika mereka harus datang awal ke hospital dan pulang lambat. Bayu geram melihat gelagat mereka yang sepertinya tidak mempunyai attidude seorang doktor yang beretika.

Bayu seorang yang patuh dan mengutamakan etika dan kesopanan. Dia tidak suka melakukan kesalahan dengan sengaja dan sebaik mungkin ingin menjadi doktor yang bertanggungjawab. Ada teman yang mulai merasa rimas dengan perlakuan Bayu yang patuh, mulai mengata Bayu seorang yang skema di telinga teman-teman yang lain. Inilah yang membuat Bayu merasa marah. Sedangkan apa yang dia lakukan hanyalah untuk kebaikan dirinya sendiri, dia melakukan sesuatu yang fikirkan baik untuk dirinya, bukan untuk orang lain. Malah dia dihakimi dan dikata. Namun Bayu cuma mampu bersabar.

Sunday, May 16, 2010

Chapter 2

Hujan masih renyai-renyai. Bintang langsung tidak kelihatan sama sekali. Bayu termangu sendirian di beranda asrama, berbaju tipis dan seluar pendek.

"Well i guess cigarettes would keep your body warm," Bayu menoleh, entah sejak bila Norhan ada di sebelahnya. "Yeah i guess so," jawab Bayu ringkas. Bayu mengalihkan pandangannya kembali jauh, ke dalam gelap malam dan renyai hujan.

"Dengan mimik rupa ko macam tu, dengan rokok, ko dah macam rupa terrorist yang bom Bali dalam berita tu" Bayu tergelak kecil. Itu batang ketiga untuk malam itu. Bayu menghulurkan kotak Pall Mall hijau kepada Norhan, Norhan menolak dengan sopan.

"I used to hate them you know," kata Bayu.
"You mean terrorist?".
"No, smokers." Fikiran Bayu terimbas kembali sewaktu dia masih di sekolah menengah di asrama penuh. Beberapa rakannya yang nakal sering merokok di tandas, ruangan tandas dipenuhi dengan asap terutamanya selepas prep malam. Suatu malam ketika mereka seronok melakukan hobi mereka, warden meronda dan mereka kedapatan merokok. Esoknya, selepas menerima dua sebatan di punggung, mereka mendapat cuti percuma selama seminggu.

"Anyway, nenek ko dah sihat?" Bayu mengubah tajuk perbualan. Norhan pulang ke tanah air selama beberapa hari yang lepas untuk menjenguk neneknya yang sakit, akibat tergelincir di kamar kecil.
"Getting better. Lengan kiri retak, luka minor di kepala sebab kena hentak batu, but she's doing fine." Bayu faham perasaan Norhan. Sejak ibu Norhan meninggal dunia sewaktu dia berumur 6 tahun, neneknya lah yang berperan sebagai ibu. Ayah Norhan seorang businessman, sering ke luar negara, sebab itu Norhan lebih banyak meluangkan masa bersama neneknya di rumah.
"Send my regard to her next time you call home kay,"
"Sure."
Bayu dan Norhan berbual panjang, sebelum mereka masuk ke kamar masing-masing sejam kemudian. Malam itu hujan tetap renyai-renyai.

***********************

Saturday, May 15, 2010

Chapter 1

Matahari terik, kulit terasa seperti dibakar hidup-hidup. Bayu terbaring lesu di atas katil. Panas, rungut hatinya. Bukannya tidak biasa, sepanjang tahun cuaca memang panas seperti ini. Dua tiga hari yang lepas hujan turun, petang dan malam, dingin, tidur pun nyenyak. Tapi hari ini cuaca kembali terik seakan-akan menandakan yang mataharilah tuan punya bumi ini.

Bayu terbaring lesu bukan kerana hawa yang panas, tapi fikirannya yang lelah dan mental yang tinggal sekarat. Sudah hampir seminggu pola tidurnya menjadi kucar-kacir. Ada saja hal yang mengganggu otaknya.

Penat,panas, bisik hatinya. Bantal panjang dicapai, dia cuba untuk melelapkan mata, kosongkan fikiran...sekosong mungkin...

*****************