Friday, September 17, 2010

Chapter 3

Bola itu bulat, bisik hatinya. Bayu kembali menangkap bola yang melantun, melontarnya masuk ke ring. Biarpun fikirannya melayang entah ke mana, tapi gerakan badannya menangkap dan melontar bola keranjang sepertinya tidak terpengaruh sama sekali. Mungkin kerna dia sudah lama berkecimpung dalam sukan ini, otot-otot badannya seperti sudah bisa bertindak sendiri.

Cuaca di petang itu cukup tenang. Matahari bersembunyi di balik awan tetapi cahayanya masih mampu menyinari seluruh lapangan bola keranjang itu dengan terang. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapu dingin setiap peluh yang merenjis keluar daripada liang-liang kulit Bayu. Suasana petang itu sangat perfect untuk bersukan, namun Bayu seakan-akan terbuai dengan lamunannya sendiri.

Bayu melontar keras, bola melantun jauh ke belakang. Mungkin kerna sudah mulai merasa penat, Bayu hanya berjalan perlahan untuk mengambil bola tadi. Fikirannya melayang lagi. Tanpa dia disedari, seseorang sedang berdiri tepat di mana bola itu berhenti. Kini Bayu sedar, di depannya berdiri seorang gadis berpakaian skirt simple ungu, rambutnya tepat menyentuh bahu, tersusun rapi(rebonding kot). Muka yang tidak dikenalinya sama sekali.

"mind if i join?", Bayu terpinga seketika.
"yea....sure why not." Gadis itu mengambil bola di depan kakinya. Tiada perkataan yang dapat menjelaskan betapa bingung fikiran Bayu ketika itu.

Siapakah gadis cantik ini?

Masa berlalu dengan pantas, mereka berdua bermain tanpa bicara, seperti orang bisu. Sebuah kereta BMW hitam berhenti di tepi lapangan. Gadis itu yang tadi mahu melontar bola berhenti, pandangannya ke arah kereta itu, dan beralih ke arah Bayu.

"i got to go," Gadis misteri itu mem-pass bola kepada Bayu, disambut Bayu dengan kemas. Kemudian dia berjalan ke arah kereta tadi. Tiba-tiba dia berhenti, memaling muka memandang Bayu sambil tersenyum manis, dan melambai tangannya. Bayu membalas lambaian. Dia melihat gadis itu masuk ke kereta, dan kereta itu dipandu pergi.

Dan kita tahu, satu kesilapan besar yang Bayu telah lakukan - dia tidak menanyakan nama gadis misteri itu. Dan Bayu sedar akan kesilapannya itu. Hari sudah semakin gelap. i should probably go back too, bisik hatinya. Ketika itu, dia melihat di lapangan tempat mereka bermain tadi ada benda yang bersinar dipancar cahaya matahari yang masih tersisa. Ia seutas rantai ber-jed oval biru laut jernih. Entah kenapa, Bayu tersenyum lebar. Rantai itu digenggamnya erat dan dia berjalan pulang.

1 comment: