Sunday, May 16, 2010

Chapter 2

Hujan masih renyai-renyai. Bintang langsung tidak kelihatan sama sekali. Bayu termangu sendirian di beranda asrama, berbaju tipis dan seluar pendek.

"Well i guess cigarettes would keep your body warm," Bayu menoleh, entah sejak bila Norhan ada di sebelahnya. "Yeah i guess so," jawab Bayu ringkas. Bayu mengalihkan pandangannya kembali jauh, ke dalam gelap malam dan renyai hujan.

"Dengan mimik rupa ko macam tu, dengan rokok, ko dah macam rupa terrorist yang bom Bali dalam berita tu" Bayu tergelak kecil. Itu batang ketiga untuk malam itu. Bayu menghulurkan kotak Pall Mall hijau kepada Norhan, Norhan menolak dengan sopan.

"I used to hate them you know," kata Bayu.
"You mean terrorist?".
"No, smokers." Fikiran Bayu terimbas kembali sewaktu dia masih di sekolah menengah di asrama penuh. Beberapa rakannya yang nakal sering merokok di tandas, ruangan tandas dipenuhi dengan asap terutamanya selepas prep malam. Suatu malam ketika mereka seronok melakukan hobi mereka, warden meronda dan mereka kedapatan merokok. Esoknya, selepas menerima dua sebatan di punggung, mereka mendapat cuti percuma selama seminggu.

"Anyway, nenek ko dah sihat?" Bayu mengubah tajuk perbualan. Norhan pulang ke tanah air selama beberapa hari yang lepas untuk menjenguk neneknya yang sakit, akibat tergelincir di kamar kecil.
"Getting better. Lengan kiri retak, luka minor di kepala sebab kena hentak batu, but she's doing fine." Bayu faham perasaan Norhan. Sejak ibu Norhan meninggal dunia sewaktu dia berumur 6 tahun, neneknya lah yang berperan sebagai ibu. Ayah Norhan seorang businessman, sering ke luar negara, sebab itu Norhan lebih banyak meluangkan masa bersama neneknya di rumah.
"Send my regard to her next time you call home kay,"
"Sure."
Bayu dan Norhan berbual panjang, sebelum mereka masuk ke kamar masing-masing sejam kemudian. Malam itu hujan tetap renyai-renyai.

***********************

No comments:

Post a Comment