Saturday, May 15, 2010

Chapter 1

Matahari terik, kulit terasa seperti dibakar hidup-hidup. Bayu terbaring lesu di atas katil. Panas, rungut hatinya. Bukannya tidak biasa, sepanjang tahun cuaca memang panas seperti ini. Dua tiga hari yang lepas hujan turun, petang dan malam, dingin, tidur pun nyenyak. Tapi hari ini cuaca kembali terik seakan-akan menandakan yang mataharilah tuan punya bumi ini.

Bayu terbaring lesu bukan kerana hawa yang panas, tapi fikirannya yang lelah dan mental yang tinggal sekarat. Sudah hampir seminggu pola tidurnya menjadi kucar-kacir. Ada saja hal yang mengganggu otaknya.

Penat,panas, bisik hatinya. Bantal panjang dicapai, dia cuba untuk melelapkan mata, kosongkan fikiran...sekosong mungkin...

*****************

No comments:

Post a Comment